Semangat Puaka #

0% of 100
RM 26.01 RM28.90 -10%
Kod Produk: #9789672394266
Status: In Stock
Berat: 0.315kg | 392 Mukasurat
Stok: 11 unit
+ BELI SEKARANG
Sinopsis & Review
Tajuk: Semangat Puaka

ISBN: 9789672394266
Penerbit: Karya Publika
Penulis:Akma/Jerniela/Azy
Muka Surat: 392
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.315
Dimensi (cm): 18.3 cm x 11.5 cm x 2 cm


SINOPSIS


KUDA KEPANG: JANJI


- Akma
Naura seringkali diganggu dengan kehadiran Cik Bunga. Semakin dekat dengan hari persandingannya, semakin menjadi-jadi gangguan dari Cik Bunga. Gangguan menjadi semakin parah apabila dia dan Amsyar selamat diijabkabulkan. Setiap kali maghrib menjelma, setiap kali itulah dia akan kerasukan. Jemputan dari Luth dan Seth, adik kepada Naura memperkenalkan dia dengan Hezzri dan Seirra, dua bersaudara yang mampu melihat akan kedatangan Cik Bunga. Mampukah Naura lari dari terus diganggu Cik Bunga? Mampukah pula Hezzri dan Seirra membantu keluarga itu dari gangguan demi gangguan yang berlaku? Apakah punca utama yang menyebabkan Cik Bunga terus-terusan menghantui hidup Naura?


WAYANG KULIT: JOGHO - Jerniela


Tok Firus mewariskan patung wayang kulit yang dinamakan sebagai Jogho kepada Tok Kadir. Selepas kematian Tok Firus angkara perbuatan khianat, Tok Kadir menjaga Jogho dengan penuh amanah. Jogho diperasapkan pada setiap malam Jumaat ganjil. Hingga pada suatu hari, Ibrar cucu tunggal Tok Kadir pulang ke kampung untuk menghabiskan cuti semester. Bermacam kejadian aneh menimpa Ibrar. Ibrar menjadi lemah hari demi hari. Tanpa Tok Kadir sedar, puluhan tahun yang lalu semangat Jogho telah dihidupkan dengan menggunakan darah manusia. Sepasang suami isteri terpisah. Dendam dituntut. Bayang-bayang ajal bagaikan terhidu di hujung hidung. Adakah Tok Kadir, Nek Sakinah dan Ibrar mangsa seterusnya?


DONDANG SAYANG: NYANYIAN PUAKA-Azy


Alina yang sangat menyukai irama dondang sayang, dia mahu mengikut jejak langkah arwah ibu saudaranya yang sangat mahir dalam menyanyikan lagu tradisional dondang sayang hingga menjadi masyhur. Mak Temah melarang keras anak tunggalnya itu mengikut jejak langkah ibu saudaranya itu kerana Alina kerap kali diganggu lembaga hitam yang menakutkan apabila dia menyanyi. Delaila yang tiba-tiba muncul di kampung itu membuatkan Haji Rustam amat yakin yang Delaila juga ada maksud tersendiri datang ke kampung itu. Mungkinkah ada sesuatu yang membuatkan Alina diganggu makhluk hitam itu? Atau ada sesuatu yang belum terungkai menyebabkan Alina dilarang keras untuk menyanyi?
Komen