Diari Hikmat Dira #
Berat: 0.160kg | Mukasurat
ISBN: 9786297509235
Penerbit: Kaseh Press
Penulis: Julia Basri
Tahun Terbitan: 2023
Muka Surat: 140
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.160kg
Dimensi (cm): 19.5cm x 13cm x 1cm
SINOPSIS
Hanya kerana sebuah diari, ianya telah mengubah segala-galanya. Inilah kisah Dira, seorang pelajar tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri.
Semasa mengemas stor sekolah, Dira telah terjumpa dengan sebuah diari usang. Walaupun telah ditegah oleh rakan-rakannya, Dira tetap juga mengambil dan menyimpan diari ini. Kemudian tatkala Dira berada dalam keadaanbuntu, dia tergerak hati untuk menulis isi hatinya dalam diari usang itu. Tanpa disangka diari tersebut berupayamenjawab segala persoalan yang dibangkitkan Dira. Beberapa baris perkataan muncul secara tiba-tiba di helaian diari tersebut benar-benar telah mengubah hidup Dira!
Sejak itu, Dira menggunakan diari itu untuk meleraikan kemusykilan harian yang selalu dihadapinya. Masalahyang melanda kawan baiknya Nurin juga dapat diselesaikan dengan menggunakan diari tersebut. Dira amat menyayangidiari usang itu sehingga menganggapnya sebagai diari hikmat.
Namun apabila Dira mula menggunakan diari tersebut bagi membantu adiknya, Syahmi, beberapa kejadian yang aneh mula berlaku dan melanda mereka berdua. Adakah kejadian aneh yang berlaku disebabkan diari hikmat Diraini? Adakah Dira akhirnya terpaksa mengorbankan diari hikmat ini demi memulihkan segala-galanya sepertisediakala?