Istikharah Cinta

100% of 100
RM 10.00 RM12.50 -20%
Kod Produk: #978-967-0142-19-7
Status: In Stock
Berat: 0.320kg |
Stok: 25 unit
+ BELI SEKARANG
Sinopsis & Review

Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-0142-19-7
Tarikh Terbit: 30 Mar 2012
Jumlah Muka Surat : 280 


Berat(kg): 0.32


===============================


Manusia sering menghadapi dilema dan kesulitan dalam membuat pilihan. 
Tersilap langkah, keputusan yang dipilih menjadikan situasi menjadi lebih sukar.
Tepat memilih pula, membuatkan hati menjadi teruja dan lega, sehingga kadangkala terlupa,
itu semua ilham daripada Tuhan yang Maha Esa.


Istikharah Cinta turut mengupas:




Mengenal pasti pilihan berkualiti menurut Islam




Tip mengurus, memelihara, dan menyuburkan keserasian cinta




Kisah menarik bagaimana Ummu Sulaim membuat pilihan dengan menolak pinangan Abu Thalhah




Pernikahan luar biasa Muslim bin Umran, saudagar terkaya di Kota




Landasan ikhlas menurut Profesor Dr. Yusuf al-Qaradhawi




 


“Ya Allah, aku memohon ketentuan pilihan menurut pengetahuan-Mu dan memohon penetapan dengan kekuasaan-Mu, juga aku memohon kurnia-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui apa-apa. Engkau yang Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, sekiranya dalam ilmu-Mu urusanku ini baik untuk aku dan agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, takdirkan untuk aku dan mudahkan serta berikan berkat kepada aku melaluinya. Sebaliknya, apabila dalam ilmu-Mu urusan ini buruk untuk aku dan agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, lalu jauhkan hal itu daripada aku dan jauhkan aku daripada urusan itu serta takdirkan untuk aku yang lebih baik daripada urusan itu walau di mana jua. Kemudian, puaskan hatiku dengan takdir-Mu itu.”


 


 


PENDAHULUAN : ANTARA DUA PILIHAN 


BAHAGIAN PERTAMA : MENGHAYATI ERTI ISTIKHARAH
: MENGENALI CINTA


Bab 1: Apa Itu Cinta?




Bagaimana Bermula Cinta




Apa Gunanya Cinta




Bab 2: Cinta Itu Fitrah




Salahkah Jatuh Cinta




Cinta Pertama




Bab 3 : Perlukah bercinta?




Bercinta Usia Muda




Tips Mengurus Perasaan Cinta




Bab 4 : Tuhan Cinta Hamba-Nya




Cinta-Nya Mengasihani Hamba-Nya




Anugerah Kasih-Nya




 Bab 5: Manusia Cintakan Tuhan




Tanda-tanda Cintakan Tuhan




Natijah Cintakan Tuhan




BAHAGIAN KEDUA : MEMILIH CINTA


Bab 6 :  Ke mana Arah Cinta?




Hati Penentu Arah Cinta




Melaraskan Cinta




Bab 7 :  Di mana Cinta Hakiki




Membuktikan Cinta




Pengorbanan Cinta




Bab 8 :  Siapa Kekasih Sejati




Cinta Di Jalan Allah




Menyuburkan Persaudaraan Islam




Bab 9 :  Mari Bercinta




Mengikat Cinta Sejati




Tips Memelihara Keserasian




Tips Memelihara Kemesraan




 


BAHAGIAN KETIGA : BERKAHWIN MENYEMPURNAKAN  CINTA


Bab 10 :  Haruskah Berkahwin?




Cinta Disusuli Pernikahan




Menerima Amanah dan Tanggungjawab




Bab 11 :  Siapa Pilihan Hati?




Calon Ideal




Menyingkap Teladan




Bab 12 :  Mencari Calon Serasi




Fikir dan Pilih




Pilihan Terbaik




Indah di Hati Jelita di Wajah




Bab 13 :  Menentukan Calon Setaraf




Meraih Restu Keluarga




Menerima Jodoh Barakah




Bab 14 :  Istikharah Cinta




Kenapa Perlu Istikharah




Langkah-langkah Istikharah




 


BAHAGIAN KEEMPAT: MEMELIHARA  CINTA


Bab 15 : Menyediakan Tapak Semaian Cinta




Cinta Bermuala Di Hati




Tips Menyuburkan Kasih Di Hati




 


Bab 16 :  Menanam Benih Cinta Berkualiti  


Bab 17 :  Mengawasi Pertumbuhan Tunas Cinta 


Bab 18  :  Ikhlas Membajai Cinta




Menahan dan Mengawal Pandangan




Membatasi Pergaulan




Tips Menundukkan Pandangan




Melaraskan Keikhlasan Cinta




Bab 19 :  Indahkah Cinta Kita?




Takwa Mengindahkan Cinta




Tips Beroleh Cinta Bahagia




Tips Mengukuhkan Cinta




Bab 20 :  Ikhlas Mengekalkan Cinta




Tips Menyegarkan Cinta




Perisai Cinta




Bekalan Cinta Rasulullah.




Bab 21 :  Manisnya Buah Cinta




Mawaddah wa Rahmah




Bercinta Di Dunia, Bercinta Di Syurga







BAHAGIAN KELIMA : BERJAYA DALAM CINTA.


Bab 22 :  Berterusan Koreksi Diri




Mensyukuri Nikmat Menyubur Cinta




Membina Rasa Syukur




Bab 23 :  Terikat Pada Janji


Bab 24 :  Setia Pada Cinta


Bab 25 :  Hati Tulus Mengekalkan Cinta


Bab 26 :  Ketaatan Menyempurnakan Cinta




Saling Lengkap- Melengkapi




Membina Komunikasi Positif




Kesetiaan Memilih Berkorban




 PENUTUP : TERCAPAI MATLAMAT ISTIKHARAH CINTA 


 


******************************************************************************************


REVIEW


 


Cintailah manusia yang mampu menyuburkan cinta kita kepada Allah. Hampirilah manusia yang mampu mendekatkan kita dengan Allah. Kehidupan cinta penuh kemanisan, perjalanan cinta penuh kebahagiaan, destinasi cinta adalah syurga, dan matlamat cinta adalah keredaan Allah.


Soal cinta dan perkahwinan adalah soal untuk hidup bersama-sama dalam tempoh waktu yang lama. Tersalah pilih, rumah tangga menjadi neraka dunia. Justeru, tidak dinafikan lagi, solat istikharah adalah satu elemen usaha yang sangat penting dalam urusan cinta. Apabila kita ragu-ragu dan berasa keliru, petunjuk yang terbaik dan tepat selalunya dikurniakan oleh Allah melalui solat istikharah.


Hamba itu lebih hampir kepada Tuhannya apabila dia sujud. Pada saat hati mula pasrah, segalanya terjawab melalui istikharah. Istikharah hati mendebungakan cinta dan menemukan jawapan. Jawapan yang pasti dalam memburu cinta Ilahi.


Apabila hati sudah tenang dan penuh yakin, insya Allah pasangan kita adalah orang yang akan membahagiakan kita. Pastikan insan yang berani mengungkapkan cinta itu mampu membimbing kita menuju ke syurga. Kalau solatnya tidak terjaga, jangan harapkan ia untuk menjaga kita. Kalau dirinya jauh daripada masjid, jangan harapkan ia untuk mendekatkan kita kepada Allah.


Istikharah tidak sesekali terhad kepada soal cinta dan perkahwinan semata-mata. Apabila keraguan melanda diri, solat istikharah adalah antara usaha yang terbaik. Daripada sekecil-kecil pilihan sehinggalah kepada sebesar-besar pilihan, solat istikharah sentiasa relevan. Dengan solat istikharah, kita berasa yakin, hanya Allah yang menunjuk dan menentukan pilihan yang terbaik untuk kita. Tidak akan rugi sesiapa yang bermesyuarat, dan tidak akan menyesal sesiapa yang beristikharah.


Dengan sebab kita melakukan istikharah cinta, semoga Allah mengurniakan kebahagian kepada kita sehingga ke syurga. Dengan sebab kebiasaan kita melakukan solat istikharah, semoga Allah sentiasa membimbing kita untuk membuat pilihan yang betul sepanjang hidup kita.

Komen