My Innocent Husband #
Berat: 0.420kg | Mukasurat
Tajuk:My Innocent Husband
ISBN: 9789672394235
Penerbit: Karya Publika
Penulis: Qis Nur Harraz
Tahun Terbitan: Cetakan Pertama February 2022
Muka Surat: 529
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.449
Dimensi (cm): 18.4 x 11.5 x 2.5
SINOPSIS
Dia tak pernah bercinta. Jatuh cinta pandang pertama dengan Malaika, sayangnya sepenuh nyawa. Walau sesaat pun dia tidak rela untuk berpisah dengan Malaika. Kesetiaan dan cintanya teruji dengan begitu teruk tanpa disedari olehnya. Saat dia ingat, Malaika menjadi kesayangannya. Saat dia terlupa, dia menjadi mimpi paling ngeri buat Malaika.
"Abang tak pernah ada niat nak buat Ika macam tu. Abang tahu abang jahat pada Ika. Tapi sayang abang pada Ika tak akan pernah surut walaupun sekali lagi abang diuji sampai abang lupa segala-galanya. Cinta abang pada Ika abang akan bawa sampai ke mati."- Mustaqim.
Bibirnya baru sahaja kembali menguntum senyuman usai bergelar isteri kepada lelaki yang tulus menyintainya. Sangka Malaika kebahagiaan yang dikecapi mampu memadamkan tragedi hitam di dalam hidupnya. Namun, Mustaqim berubah tanpa diduga. Tanpa kerelaan dirinya sendiri. Tanpa diketahui apa puncanya sedangkan sayangnya terhadap Malaika tak pernah terhakis walau sedetik.
"Ika lebih rela kena marah, kena pukul dengan abang dari abang lupakan
Ika. Tapi kalau curang, Ika tak mampu, bang. Ika tak suka abang sayang
perempuan selain Ika. Ika nak abang sayang dengan Ika aje. Abang jangan
curang lagi. Kalau tak, Ika takkan maafkan abang sampai bila-bila." -
Malaika.
Dia tahu Mustaqim tak sengaja. Dia yakin cinta Mustaqim hanya untuknya. Namun, rasa sakit di hatinya masih belum terhakis. Pujuklah dia hingga dia benar-benar mampu melupakan semua hal yang terjadi. Kalau Mustaqim benar-benar sayangkan dia, bertahanlah dengan rajuknya itu.