Rahsia-rahsia Puasa

100% of 100
RM 16.20 RM18.00 -10%
Kod Produk: #9789671897652B
Status: In Stock
Berat: 0.073kg | Mukasurat
Stok: 25 unit
Sinopsis: Puasa merupakan shariat yang telah ada sejak sebelum zaman Nabi Muhammad s.a.w. la merupakan salah satu shariat yang diteruskan dalam Islam, sesuai dengan peranan agama ini sebagai penyungguh agama-agama terdahulu dalam hal kebenaran (musaddiqan
limā ma'akum).
(Surah al-Baqarah 2:41)

Namun, Islam tidak hanya datang sebagai penerus shariat terdahulu, malah turut memperkayakannya. Jika shariat para Nabi terdahulu - terutamanya nabi-nabi yang dilantik daripada keturunan Nabi Ishaq a.s - lebih menekankan aspek amalannya, dan shariat Nabi Isa a.s pula lebih mementingkan aspek keruhaniannya, maka shariat Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengimbang antara kedua-duanya.

Intisari aspek luaran dan dalaman yang terkandung dalam shariat Islam inilah yang dibahaskan oleh Hujjat al-Islām Abū Hāmid al-Ghazali (wafat 1111 Masihi) melalui kitabnya, Kitāb Asrār al-Sawm.

Kitab ini membahaskan aspek-aspek dalaman amalan berpuasa sebagai tangga untuk penyempurnaan jiwa (tazkiyatun nafs) dan usaha mendekatkan diri kepada Allah (muqārabatillāh). Dalam erti kata lain, beliau membahaskan aspek tasawwuf bagi amalan berpuasa.

Puasa merupakan ibadah yang mengandungi 1001 hikmah dan keistimewaan tersendiri. la berfungsi sebagai sebuah madrasah bagi seseorang untuk melatih diri, jiwa, dan nafsu. Dengan buku ini, semoga
pembaca memperoleh intipati faedah berpuasa dan menyungguhkan hakikatnya sebagai proses penyucian diri.
+ BELI SEKARANG
Sinopsis & Review
Tajuk: Rahsia-rahsia Puasa
ISBN: 9789671897652B
Penerbit: The Biblio Press
Penulis: Imam Al-Ghazali
Terjemahan: Muhammad Yusra Hulaimi
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 56
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.073
Dimensi (cm): 20 cm x 13cm x 0.5 cm

SINOPSIS

Puasa merupakan shariat yang telah ada sejak sebelum zaman Nabi Muhammad s.a.w. la merupakan salah satu shariat yang diteruskan dalam Islam, sesuai dengan peranan agama ini sebagai penyungguh agama-agama terdahulu dalam hal kebenaran (musaddiqan

Komen