Kisah-Kisah Tidak Sahih Di Meja Penceramah 2
Berat: 0.340kg | Mukasurat
Tajuk: Kisah-Kisah Tidak Sahih Di Meja Penceramah 2
ISBN: 978-629-493-068-1
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Dzulkhairi MD Noor
Tahun Terbitan: 2025
Muka Surat: 252 m/s
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.340 kg
Dimensi (cm): 22.7 x 15.3 x 1.3
SINOPSIS
Buku Kisah-Kisah Tidak Sahih di Meja Penceramah siri 2 ini adalah lanjutan daripada siri yang pertama. Karya ini adalah himpunan analisis dan kritik terhadap kisah-kisah yang sering dituturkan kepada masyarakat di masjid dan surau-surau.
Membaca buku ini dapat menajamkan struktur berfikir pembaca serta mematahkan ketaasuban kepada para pendakwah. Sumber utama yang dirujuk dalam buku ini antaranya kitab-kitab hadith, tafsir, sirah dan ulasan ulama seterusnya disusun secara sistematik dan berstruktur.
“Mengkaji bukan untuk merendahkan tetapi demi kebenaran dan keyakinan.”
Kebenaran sesuatu kisah bukanlah bergantung pada ketokohan penuturnya tetapi ia suci berpandukan neraca ilmu dan minda yang berfikir. Kadangkala dengan menggunakan sedikit logik, kita mampu mengenal pasti kisah ini benar ataupun tidak.
“Tiada yang lebih mulia melainkan kebenaran”
Biodata Penulis:
Mohd Dzul Khairi Mohd Noor berkelulusan Pengajian Islam dalam bidang Usuluddin. Beliau seorang penulis dan merupakan pengurus Faqih Group Sdn Bhd. Beliau juga aktif berkongsi ilmu di Facebook (dzulkhairi khairi) dan TikTok (Dzulkhairi/Faham Solat).
Antara karya-karya beliau:
Rahsia Tulisan al-Quran
Bacaan Pelik dan Ganjil dalam Solat namun Sahih
Para Penyokong Muhammad
Siapa Lebih Utama, Wanita Dunia ataupun Bidadari Syurga?
30 Fakta Unik dalam al-Quran
Mesej ‘Deep’ dalam al-Quran