Rich Woman - Edisi Bahasa Melayu

100% of 100
RM 22.40 RM28.00 -20%
Kod Produk: #978-967-369-235-4
Status: Sold Out
Berat: 0.510kg |
Stok: 0 unit

Sinopsis & Review

Format: Paperback
Saiz: 6" x 9" 
ISBN-13: 978-967-369-235-4 
Tarikh Terbit: 14 Apr 2014
Jumlah Muka Surat : 392


Berat(kg) : 0.51


Kategori: Bisnes & Pengurusan Umum


Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd


 


Kebanyakan wanita pada hari ini bersetuju bahawa lelaki lebih hebat dalam pelaburan. Mengapa?
Kim Kiyosaki menyangkal pandangan lapuk ini dan yakin bahawa wanita juga mampu berjaya
dalam arena pelaburan. Menerusi buku Rich Woman ini, Kim membuka minda pembaca perihal
celik kewangan dan menekankan empat kunci utama bagi bergelar pelabur yang kaya dan berjaya
iaitu:



Perkasakan diri dengan pendidikan: Kita akan menjadi pelabur yang lebih bijak sekiranya
mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang ini.



Mula melabur secara kecil ­kecilan: Apa sahaja pelaburan yang kita pilih. Mulakan secara kecil­
kecilan dan jangkakan kesilapan.



Laburkan sedikit wang dahulu: Kita akan faham betapa berminatnya kita terhadap sesuatu
pelaburan sekiranya kita mengeluarkan duit daripada poket sendiri.



Melabur dalam pelaburan yang hampir dengan tempat tinggal: Lebih baik melabur di kawasan
yang kita kenal dan faham supaya urusniaga yang dijalankan lebih tersusun.



Kini, kita tidak perlu memerah otak setiap masa memikirkan tentang wang. Kita juga tidak perlu
lagi berdamping dengan lelaki kaya. Kita mampu bebas secara kewangan dengan usaha sendiri.


 


Prakata


Kata pengantar


Pengenalan]


Bab 1: Makan Tengahari Bersama Geng Perempuan


Bab 2: Geng Perempuan


Bab 3: Kisah Saya


Bab 4: Dua Puluh Tahun yang Lalu... Di Pulau Hawaii


Bab 5: Bukan Sekadar Berkenaan Wang


Bab 6: Saya Tidak Ada Masa


Bab 7: Apakah Maksud Kebebasan Kewangan


Bab 8: Saya tidak Cukup Bijak


Bab 9: Bagaimana Menjadi Lebih Bijak... Dengan Cepat


Bab 10: Saya Kecut Perut


Bab 11: Sebanyak Mana Kekayaan Kita?


Bab 12: Saya Tidak Ada Wang


Bab 13: Lebih Lanjut Berkenaan Wang


Bab 14: Pasangan Saya tidak Berminat


Bab 15: Mengapa Wanita Boleh Menjadi Pelabur yang Hebat


Bab !6: Saya Sudah Bersedia untuk Bermula


Bab 17: 90 Peratus kejayaan hanya dengan menghadirkan diri


Bab 18: Mulakan proses itu


Bab 19: Tiga jenis lelaki, tiga jenis pelaburan


Bab 20: Empat tip penting pertama bagi menjadi pelabur berjaya


Bab 21: Lima tip penting seterusnya bagi menjadi pelabur berjaya


Bab 22: Tulis Pelan Kita


Bab 23: Memecut selaju mungkin


Bab 24: Makan malam bersama geng perempuan- satu keraian


Pesanan terakhir


Glosari


 


******************************************************************************


Review


 


Adakah lelaki lebih hebat daripada wanita? Tidak! Adakah lelaki sahaja yang boleh menjadi kaya? Tidak! Buku Rich Woman menyangkal pandangan kuno yang mengatakan orang lelaki sentiasa lebih hebat berbanding perempuan, terutama sekali dalam bidang pelaburan dan kewangan.


Dalam dunia kewangan yang mencabar dan tiada belas kasihan ini, tiada manipulasi, pilih kasih, ataupun eksploitasi kepada wanita. Hanya orang yang berani dan mempunyai pendidikan kewangan sahaja yang mampu meneruskan survival untuk berjaya, tidak kira lelaki mahupun perempuan.


Kim Kiyosaki memperjuangkan pendidikan kewangan, dan beliau yakin yang wanita juga mampu berjaya dalam pelaburan. Wanita kini mampu bebas kewangan tanpa perlu membanting tulang ataupun bergantung harap kepada lelaki kaya semata-mata.


Menerusi buku ini, Kim Kiyosaki membuka minda pembaca, terutamanya perempuan untuk memandang dunia pelaburan dengan perspektif yang baru dan berbeza. Buku ini adalah buku yang istimewa, ditulis oleh wanita dan mesejnya khusus untuk para wanita yang mahu bebas membuat pilihan, tidak perlu menyusahkan suami atau lelaki lain, dan mengangkat martabat kewanitaan yang terkenal dengan keistimewaan tersendiri.


Buku ini bukan semata-mata berkenaan pelaburan, tetapi berkenaan maruah dan nilai diri seorang wanita. Pendidikan kewangan adalah senjata yang lebih berkuasa, lebih menawan, dan tidak lapuk mengikut pertambahan usia.

Komen