Tafsiran Ayat-Ayat Yaa Ayyuhal-Laziina Aamanuu Jil 2
Berat: 1.300kg |
===========================
Format: Hardcover
Saiz: 7.3" x 10.5”
ISBN-13: 9789675115400
Jumlah Muka Surat: 642
Berat (Kg): 1.30
===========================
Di dalam kitab suci al-Quran al-Karim, terdapat 89 tempat di mana ayat-ayatnya dimulakan dengan ungkapan ‘Ya Ayyuhal Laziina Amanu. . .’. Semuanya merangkumi 20 pelbagai surah-surah dalam al-Quran. Ayat seruan yang bermaksud ‘Wahai orang-orang yang beriman…’ ini merupakan seruan dan ajakan khas oleh Allah S.W.T terhadap golongan yang beriman dengan-Nya. Ibnu Mas’ud RA berkata: “Apabila kamu semua mendengar firman Allah S.W.T yang berbunyi ‘ Ya Ayyuhal Laziina Amanu’, maka dengarlah dengan teliti kerana padanya mengandungi kebaikan yang diperintahkan atau keburukan yang ditegah olehnya”. Ayat-ayat yang dimulakan oleh “ Wahai orang-orang yang beriman” juga termasuk dalam kategori surah Madaniyyah iaitu merujuk kepada surah-surah yang diturunkan selepas peristiwa Hijrah dari Makkah ke Madinah Munawwarah.
Buku ini mengumpulkan seruan-seruan tersebut dalam 2 jilid merangkumi pelbagai aspek dan hukum hakam yang berkaitan dengannya, serta huraiannya dengan tafsiran ayat-ayat Al-Quran yang dimulakan oleh seruan ‘Ya Ayyuhal Laziina Amanuu’ seperti tafsiran oleh ayat-ayat al-Quran yang lain, huraian hadis-hadis seruan Rasulullah SAW, penjelasan oleh Sirah Nabawiyyah dan pengajaran yang dapat dipetik daripadanya.
Seruan Allah S.W.T mengenai orang-orang beriman (mukmin) yang terdapat di dalam al-Quran ini adalah amat baik dan bermanfaat sekali jika kita dapat mengetahui, mempelajari, mendalami dan menghayati semua ayat tersebut dengan tujuan untuk memperkasakan keimanan, amal soleh dan ketakwaan kepada Allah dengan mentadabbur ayat-ayat tersebut. Buku ini juga dipersembahkan dalam Bahasa yang mudah difahami berserta contoh-contoh yang jelas dan terang, buku ini memang patut dibaca oleh sesiapa jua yang ingin lebih memahamiajaran Islam dan hikmah yang terkandung di dalamnya.