The Daily Stoic: 366 Jenis Meditasi Tentang Kebijaksanaan, Ketabahan, dan Seni Hidup #
Berat: 0.420kg | Mukasurat
ISBN: 9786297699042
Penerbit: AcePremier
Penulis: Ryan Holiday, Stephen Hanselman
Tahun Terbitan: 2024
Muka Surat: 408ms
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.420kg
Dimensi (cm): 21cm x 14.5cm x 2cm
SINOPSIS
BUKU TERLARIS #1 WALL STREET JOURNAL
LEBIH 2 JUTA SALINAN TERJUAL
Buku harian klasik yang dihormati ini mengandungi meditasi Stoik harian. Ia adalah satu-satunya edisi bercetak yang sah di Amerika Syarikat dan dilengkapi dengan penanda reben – di mana lebih daripada dua juta naskhah telah terjual!
Mengapa tokoh-tokoh terkemuka sepanjang zaman, dari George Washington hingga Frederick the Great dan Ralph Waldo Emerson serta tokoh-tokoh kontemporari seperti jurulatih pemenang Super Bowl, para CEO dan selebriti, begitu meminati kebijaksanaan Stoik? Jawapannya mudah: mereka memahami bahawa kebijaksanaan yang sejati akan sentiasa relevan dan falsafah bukan sekadar teori, tetapi panduan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.
The Daily Stoic menyajikan 366 hari wawasan Stoik dan latihan praktikal, dengan terjemahan baru dari beberapa ahli falsafah yang paling dihormati dalam sejarah seperti Maharaja Rom Marcus Aurelius, penulis drama Seneca, dan hamba yang dibebaskan Epictetus. Ia juga menampilkan kebijaksanaan daripada tokoh-tukoh terkemuka lain seperti Zeno, Cleanthes, dan Musonius Rufus.
Setiap hari dalam setahun, anda akan mendapati salah satu daripada petikan mereka yang ringkas dan berkuasa, berserta anekdot-anekdot sejarah, ulasan-ulasan yang merangsang pemikiran dan glosari terma-terma Yunani yang berguna.
Dengan mengamalkan ajaran ini sepanjang tahun (dan seterusnya), anda akan memperoleh ketenangan jiwa, pengetahuan diri dan ketabahan yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna.