Travelog Haji Mengusik Hati

100% of 100
RM 40.00 RM50.00 -20%
Kod Produk: #978-967-366-243-2
Status: Sold Out
Berat: 0.750kg | Mukasurat
Stok: 0 unit

Sinopsis & Review

 


ISBN-13: 978-967-366-243-2 
Tarikh Terbit: 9 Oct 2013
Jumlah Muka Surat : 560


Saiz: 6" x 9"


Berat (kg): 0.75


Kategori: Islam Umum, Motivasi & Inspirasi


Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd


 


Masya Allah, Subhanallah, Allahuakbar.


Sungguh, saya rasa teruja apabila dikhabarkan ketiga-tiga buku, iaitu Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (THMSI), Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok (TDMHE), dan 50 Tip Motivasi Haji 
(50TMH) hasil karya bersama PTS akan diterbitkan semula sebagai buku tunggal. Ia memberi makna mendalam kepada perjalanan kehidupan saya bersama pembaca.


Tentu sekali saya masih terkenang bagaimana teragak-agaknya hati dan perasaan ketika menghulurkan manuskrip THMSI kepada Puan Ainon Mohamad (Pengerusi PTS) pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007. Sepatah komen beliau, “Buku ini akan memberi kesan motivasi besar kepada khalayak pembaca.” Beliau menolak rasa tidak yakin kepada keperluan menerbitkan buku ini.


THMSI adalah sejarah. Proses penulisannya melalui pelbagai tahap dalaman yang tidak mampu saya catatkan secara terperinci. Ada ketikanya air mata menitis tanpa paksaan. Ada ketikanya saya tersenyum sendirian. Namun, rasa tunduk dan patuh kepada-Nya melingkari hari-hari bersama rasa hati yang sentiasa bersyukur dengan pengalaman yang membuka sempadan iman.


TDMHE adalah catatan pasca haji. Ia ditulis ketika hati masih terawang-awang dengan keinginan mahu menjadi manusia terbaik di sisi-Nya. Ia ditulis sejurus pulang dari Makkah dan Madinah. Saya mempunyai keinginan yang jelas, seperti mahu sentiasa menunaikan solat berjemaah di masjid, bangun malam, berpuasa sunat, membaca Al-Quran dan terjemahan, serta membersihkan hati. Ia permintaan dan permohonan kepada-Nya terlangsung bermula ketika hati resah gelisah mengenangi kisah-kisah lampau. Ini sebagaimana catatan dalam THMSI.


Rasa ini yang melahirkan 50TMH. Ia adalah THMSI yang dipermudahkan. Khalayak pembaca mungkin bersama-sama merasai travelog haji dengan melihat bagaimana seorang profesor yang tidak pandai membaca Al-Quran mengenal huruf dan menamatkan bacaan selepas sebulan lebih berada di Makkah. Malah, ramai yang teruja membaca bagaimana saya menghabiskan bacaan terjemahan Al-Quran dalam tempoh enam hari semasa berada di Madinah. Namun, catatan yang dipersembahkan kepada khalayak bukan soal emosi semata-mata. Ia mengandungi pelbagai falsafah yang mampu dipertimbangkan oleh bakal jemaah haji.


Akhirnya, ketiga-tiga buku ini, iaitu THMSI, TDMHE, dan 50TMH bersifat kesalingan. Mengumpulnya dalam buku tunggal membawa manfaat kepada khalayak pembaca, terutamanya mereka yang mengenali saya selepas tujuh tahun penghasilan buku THMSI. Kesukaran mencari ketiga-tiga buku serentak menjadikan penghasilan buku ini menjadi relevan.


 


Prakata Penulis xv


Buku 1
Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman 1


Catatan Pengarang 3


Kata Pengantar 7


Prakata Penulis 9


Prolog 15


Aroma Haji 19


Aku Manusia Jahil 22


Kad Jemputan 25


Rahsia Satu Jemputan 30


Konsep Haji 32


Jalan Pintas Ke Syurga 38


Surat untuk Menteri 41


Siapa akan Menjaga Anak? 44


Pemeriksaan Kesihatan 47


Bertaubat di Florence 52


Tolol dan Tongong 56


Cik Bedah, Kamu di Mana? 58


Ujian Wak Lampu 60


Mencari Keistimewaan 63


Jangan Hantar ke Kelana Jaya 67


Hotel Ekhwah 70


Universiti Baitullah 73


Ajaibnya Bumi Makkah 82


Tolong Jaga Ibu Saya 87


Malaikat Ataupun Wali Allah 90


Hadiah untuk Ibu 96


Berkongsi Saf 99


Strepsil di Masjidil Haram 104


Hajarulaswad 107


Maal Hijrah di Makkah 111


Kuat dan Bertenaga? 117


Teori Saf 120


Talbiah 122


Sesat di Arafah 125


Wukuf 128


Sejuknya Muzdalifah 132


Pergerakan Haji Tamatuk 136


Jamratul Aqabah 138


Tua di Mina 142


Khatam Quran 144


Ya Allah, Aku Mahu Tidur 149


Rokok di Makkah 151


Membeli-belah 154


Selamat Tinggal Makkah 158


Nasi ataupun Solat? 161


Madinah Bumi Aman 164


Tuhan Lebih Mengetahui 167


Sehelai Jubah Seribu Makna 170


Dua Jam di Raudhah 173


Selamat Tinggal Madinah 177


Haji Mabrur 182


Cabaran Sebenar 184


Haji Daud Tanjung Karang 188


Surau Kondo Kemuncak 190


Tulis Kisah Saya 194


Kerinduan 197


Lintasan Hati Seorang Ibu 202


Bukalah Pintu Hatiku 206


Dia yang Hampir 211


Astaghfirullah 213


Lampiran 1: Doa yang Panjang 215


Lampiran 2: Laluan Melontar 223


Lampiran 3: Laluan Hajarulaswad 226


Lampiran 4: Gambar Kenangan 229


Bibliografi 235


Buku 2
Travelog Dakwah:
Menanti Hari Esok 237


Berdakwah 238


Ketentuan Allah 242


Terima Kasih 246


Dia Berkuasa 249


Kematian 252


Menyaksikan Kematian 255


Solat Berjemaah 260


Mari Solat Berjemaah 262


Pemandu 265


Dia ADAlah Segala-galanya 269


Maha Mendengar 273


Solat Dhuha 276


Iktikaf 280


Redha 285


Imam Tarawih 289


Tidak Lama 294


Dakwah untuk Eksekutif 298


Golf 302


RM1, Tidak Mengapa 306


Manusia Lemah 309


Berdoa Apabila Mampu 313


Hebat? 317


Maha Pengampun 321


Hidup Semula 324


Ph.D. 328


Mencari Makna 332


Al-Ma’thurat 336


Ayah, Doakan Saya 340


Buat Anak yang Ditinggalkan 343


Cakap dan Amal 347


Hari Kiamat 350


Perjalanan Yang Tinggal 356


Buku 3: 50 Tip Motivasi Haji 361


Tip 1: Terbuka Hati & Minda 362


Tip 2: Apabila Hati Terbuka 366


Tip 3: Terbaik di sisi Allah 369


Tip 4: Kematian 373


Tip 5: Ia Hanya Sekali 377


Tip 6: Berubah 380


Tip 7: Berdoa 383


Tip 8: Bertaubat 387


Tip 9: Memahami Asas Haji 390


Tip 10: Falsafah Haji 394


Tip 11: Belajar Istiqamah 398


Tip 12: Menduakan Allah 402


Tip 13: Mencari Tenaga 406


Tip 14: Tuan Haji 409


Tip 15: Tiada Siapa yang Tertinggal 412


Tip 16: Dua Kali Ganda 415


Tip 17: Ajari Mereka 418


Tip 18: Tidur Masa Malaysia 421


Tip 19: Membuat Pilihan 424


Tip 20: Mengatur Jadual 427


Tip 21: Aku Selamat 430


Tip 22: Cinta Mendalam 434


Tip 23: Madinah 437


Tip 24: Tidak Sihat 441


Tip 25: Jangan Tipu Allah 444


Tip 26: Tandas 447


Tip 27: Takut pada Ramai 450


Tip 28: Berpuasa Tahap Tinggi 454


Tip 29: Mengingati Allah 458


Tip 30: Cucu Tok Kenali 461


Tip 31: Menjaga Hubungan 464


Tip 32: Berbuat Baik 468


Tip 33: Uzur Seorang Wanita 472


Tip 34: Pakaian 475


Tip 35: Beg Pakaian 478


Tip 36: Doakan Mereka 481


Tip 37: Mata, Telinga, dan Lidah 484


Tip 38: Rakan Sebilik 487


Tip 39: Wuduk 490


Tip 40: Aurat 494


Tip 41: Menuntut Ilmu 498


Tip 42: Shopping 501


Tip 43: Cenderamata Istimewa 504


Tip 44: Berniaga 507


Tip 45: Tiada Lepak-Lepak 511


Tip 46: Merokok 514


Tip 47: Rujukan 517


Tip 48: Manusia Sibuk 521


Tip 49: Jangan Terlalu Bersuka Ria 524


Tip 50: Ilmu Bermanfaat 528


Penulis 533


 


************************************************************
 
Review
 

Bukan semua orang ada peluang dan mampu menunaikan haji di Makkah. Kadang-kadang, orang yang mampu pula tiada kemahuan untuk menunaikan haji. Ada yang sudah puas mengelilingi dunia, tetapi belum tergerak hati untuk tawaf mengeliling Kaabah. Ada yang sanggup terbang merentasi dunia demi berjumpa kekasih hati di perantauan, tetapi belum terdetik untuk bertemu cinta agung di tanah suci. Sungguh, seruan haji adalah jemputan daripada syurga. Hanya orang tertentu dan terpilih sahaja yang mendapat keistimewaan ini.



Catatan perjalanan haji yang indah dan penuh emosi ini dirakamkan secara eksklusif dalam “Travelog Haji; Mengusik Hati”. Buku ini adalah kompilasi 3 buah buku yang terbaik, hasil tulisan Prof. Dr. Haji Muhd Kamil Ibrahim iaitu “Travelog Haji”, “Travelog Dakwah”, dan “50 Tip Motivasi Haji”. Sebagai orang yang biasa-biasa sahaja, bukan agamawan mahupun ulama, beliau menulis daripada perspektif yang berbeza, namun sudut pandangnya tetap indah dan mampu membuai emosi pembaca. Sebagai seorang profesor dan juga golongan profesional, beliau juga berkongsi kaedah yang sistematik dan praktikal untuk memudahkan pelaksanaan ibadah haji.



Fokus kepada ibadah haji dapat terganggu disebabkan oleh masalah-masalah kecil seperti masalah tandas, kesesakan melampau, dan suhu kepanasan yang tinggi. Ia kelihatan remeh, namun cabaran sebegini sangat mempengaruhi kualiti dan masa untuk beribadah secara optimum. Tip yang pada asalnya mahu menyelesaikan masalah beratur panjang semasa menggunakan tandas kelihatan tersangat kecil berbanding perkara-perkara rukun dan wajib haji, namun jika dilaksanakan secara bersungguh-sungguh, ia membawa perubahan yang besar dan memudahkan pelbagai urusan di tanah suci.



Kembara untuk menuju ke syurga tidak berakhir di Makkah dan Madinah. Haji bukan semata-mata beribadah di tanah suci dan kemudian kembali hanyut dengan godaan dunia di tempat asal kita. Dengan panduan hidayah dan bimbingan Tuhan, penulis memanifestasikan pengajaran daripada perjalanan haji dalam kehidupan sehariannya selepas kembali ke tanah air. Bagi mereka yang bakal atau pernah menjejakkan kaki ke tanah suci, buku ini mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Ceritanya ringkas tetapi signifikan. Ceritanya indah, membuai emosi, dan pastinya mengusik hati.


Komen